Friday, April 2, 2010

Andai ku tahu

Pagi jumaat yang nyaman…saya tertidur awal mlm td disebabkan keletihan..x cukup tido semalamnya..dan jugak tahap kesihatan saya yang tak berapa nak baik buat masa ini…nnt saya update pasal kesihatan saya pulak k pada n3 yang akan dtg…bangun jer dr katil dengan keadaan yang agak mamai..roomate saya cakap..”Din beramboi dah meninggal”..what???God…sudah tertulis ini adalah saat terakhir untuk beliau diberi peluang untuk bernafas di maya milikNya ini…Mungkin itu yang terbaik untuk beliau…dalam sihat2…ceria2…riuh2…perginya sekelip mata…Izrail telah datang memanggilnya tanpa sempat meninggalkan pesan…
Saya sedikit sentap dengan kejadian ini…
Tuhan bagi kita peluang untuk tahu tarikh lahir kita…setiap tahun kita raikan...tapi kenapa tidak tarikh kita dicabutkan nyawa…Tuhan, kerdilnya aku sebagai khalifahmu…mungkin ada pendapat yang mengatakan…lg cepat lagi bagus..kurang sket dosa..tp…cukup ker bekalan yang kita nak bawa…mana yang lagi berat???kiri ker kanan???bayangkan sebaik sahaja kita dibaringkan di liang lahad yang sempit itu..sedikit demi sedikit tanah akan menimbusi kita…ya…kun fa ya kun..dari tanah kita datang dari tanah kita kembali…ilmu terakhir dibekalkan kepada kita…soalan-soalan suci yang terlalu asas…siapa tuhan kamu..siapa nabi kamu…apa kitab kamu…tapi mampukah kita untuk menjawap pertanyaan dr malaikat utusan Allah itu nanti sendirian selepas 3 langkah orang terakhir meniggalkan kita?yakin kah kita dengan jawapan kita nanti?Subhanallah…kalau kat dunia nih alat timbangan boleh di programkan…bagaimana dengan alat timbangan kita dikehidupan yang akan datang???mampukah kita menyeberangi titian yang sehalus sehelai rambut dibahagi kepada tujuh?sampai kah kita hingga ke hujungnya atau kita tersungkur di lembah hina itu?

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga
tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu


p/s: Wahai tuhan ku tak layak masuk syurgaMu..namun tak pula berupaya menghadapi api nerakaMu

0 comments: