Friday, March 5, 2010

++ last day ++

entry kali ini ditujukan khas buat ibu tersayang lagi tercinta...
hari ini adalah hari terakhir beliau bekerja sebagai penjawat awam selepas 37 tahun berkhidmat...lama...sangat lama beliau berkhidmat dengan kerajaan...so...kol 5pm nnt adalah momen terakhir ibu saya berada di sekolah itu...ibu tak pernah mintak tukar sekolah...dapat naik pangkat pun ibu tolak sebab xnak nnt kitorang adik beradik susah nak g sekolah...ibu kerja kat sekolah tu dari sebelum kakak saya darjah satu sampai ler adik saya yang last sekali pun abes sekolah rendah kat situ...bukan kami tiga beradik jer yang sekolah kat situ...sepupu kitorang pun ramai yang sekolah kat situ...so ibu, semoga ibu lebih tenang lepas nih...x payah dah pk pasal kerja...dah sampai waktunya untuk ibu rehat...lama sangat dah kerja...hari2 bangun awal...kluar g kerja awal even kat kampung mana ada jammed semua...sbb kami nak sampai sekolah awal...biler saya masuk sekolah menengah lagi ibu kena keluar awal...aisshhh...kesian ibu..tp xpe...sekarang...ibu dah tak payah pk lg dah pasal tuh semua k...

selamat bersara ibu!!!!semoga ibu diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus menjadi nadi kehidupan saya...semoga ibu terus dilimpahkan rezeki dan terus diberikan peluang kesihatan yang baik...untuk melihat kejayaan dan menjadi pendorang hidup saya...saya mahu ibu selamanya disisi saya...sampai bila2...



0 comments: